suria

Kempen Hijau Bazar Ramadan Wangsa Melawati

KUALA LUMPUR: Pengunjung Bazar Ramadan Wangsa Melawati di sini berpeluang memenangi pelbagai hadiah jika membawa bekas makanan atau beg sendiri ketika membeli juadah berbuka.


Kempen hijau yang dianjur oleh Global Environment Centre (GEC) dan disokong oleh Komuniti Hijau Wangsa Melawati itu bertujuan mengurangkan penggunaan bekas makanan polisterina serta beg plastik dalam usaha menjaga alam sekitar.

Pegawai Program GEC, Chan Kok Yeng berkata, kempen berlangsung dari pukul 5 hingga 6.30 petang setiap hari.

"Bekas polisterina dan beg plastik merupakan sisa buangan yang lazim mencemari Sungai Klang dan jika tidak dilupus secara sempurna produk ini boleh menghalang laluan air," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya menganjurkan kempen itu di bazar Ramadan kerana menyedari penggunaan bekas makanan polisterina dan beg plastik meningkat apabila tiba bulan Ramadan. 


Artikel Lain