suria

Beramal Sambil Berbelanja Bersama Colgate

Setiap 10 sen daripada pek tung­gal atau 20 sen daripada pek kembar akan disumbangkan kepada rumah anak yatim terpilih.
PETALING JAYA: Syarikat Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd menganjurkan kempen beramal sambil berbelanja sempena bulan Ramadan ini.

Kempen ini menggalakkan pengguna untuk berbelanja membeli pek amal ubat gigi Colgate Perlindungan Kerosakan Gigi Maksimum dengan Peneutral Asid Gula sambil menderma kepada golongan kurang bernasib baik.

Pengguna bukan saja dapat beramal, malah menjaga kesihatan gigi sepanjang masa.

Pek amal ubat gigi itu boleh didapati di kedai runcit utama seluruh negara sehingga 31 Ogos ini.

Dengan setiap pembelian, 10 sen daripada pek tunggal atau 20 sen daripada pek berkembar akan diagihkan kepada 15 buah rumah kebajikan terpilih dibawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ia merupakan kempen amat tahun anjuran syarikat tersebut.

Sejak dilancarkan pada 2008, kempen berkenaan berjaya mengumpul dana sebanyak RM927,500. 



colgate-palmolive

Artikel Lain