suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takaful Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada Rumah Harapan Al-Khaadem

SHAH ALAM: Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) membawa sinar kebahagiaan kepada seramai 53 anak-anak Rumah Harapan Al-Khaadem apabila memberikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada rumah kebajikan itu di sini, Sabtu.


Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan berkata, sumbangan itu adalah sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat itu dalam membantu golongan kurang bernasib baik menjelang perayaan Aidilfitri.

"Sumbangan ini akan juga digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak kurang bernasib baik di rumah ini," katanya ketika menyampaikan cek replika kepada Presiden Pertubuhan Al-Khaadem, Ustaz Hussein Yee pada Majlis Berbuka Puasa di rumah itu.

Rumah Harapan Al-Khaadem memberi perlindungan kepada anak-anak itu yang berusia antara empat hingga 16 tahun serta golongan ibu tunggal.

Ia menawarkan pendidikan, latihan dan program kemahiran agar penghuni berkenaan lebih berkeyakinan bila meninggalkan rumah kebajikan itu kelak. 


Artikel Berikut

Artikel Lain