suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Tembakan Di Pulau Mabul, Anggota Polis Maut

Pulau Mabul.

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu.

Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

olis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u.

Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan.

Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.

Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu.


Pulau Mabul, lelaki bersenjata

Artikel Lain