suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aidilfitri: Bas Ekspres Ke Utara Beroperasi Di TBS

PETALING JAYA: Pengguna bas ekspres ke utara tanah air untuk perjalanan sempena Aidilfitri ini boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula Jumaat.


Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, perkhidmatan di semua 12 destinasi itu membabitkan bas ekspres  Transnasional, Plusliner dan Nice.

“Usaha ini untuk membantu orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Tasik Selatan, Serdang, Seri Petaling, Sungai Besi dan Bangi serta penduduk di sepanjang laluan LRT dan KTM Komuter mendapatkan tempat berlepas yang lebih dekat ke destinasi utara berbanding Puduraya dan Terminal Jalan Duta,” katanya.

Laluan utara itu termasuk Lumut, Ipoh, Seri Iskandar, Manjung, Parit Buntar, Batu Gajah, Bota, Ayer Tawar, Kuala Kangsar, Penang, Butterworth dan Sungai Petani.

Tengku Hasmadi berkata, semua tiket ke beberapa destinasi utara itu boleh dibeli di semua kaunter TBS, kaunter ejen KTB atau secara dalam talian di www.ticket4u.com.my.

Menurutnya, orang ramai yang mahu mendapat maklumat lanjut tentang perkara itu diminta menghubungi talian 1-300-888-582.

Bagaimanapun, katanya, langkah terbaharu ini tidak bermakna operasi KTM di Hentian Duta dan Pudu Sentral ditamatkan, sebaliknya ia bertujuan memberi pilihan kepada pengguna.

"Kadar tambah yang dikenakan juga sama," katanya.

Aidilfitri, KTB, bas ekspres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain