35 Artis Veteran Dapat Duit Raya

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah atau lebih dikenali Datuk DJ Dave menyampaikan Anugerah Tokoh Seni YA1M 2013 kepada Datuk Rahim Razali pada Majlis Iftar Bersama YA1M dan Sumbangan Sempena Menyambut Aidilfitri 2014 di Saloma Theatre Restaurant baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Seramai 35 artis veteran menerima sumbangan sebanyak RM2,000 seorang sebagai penghargaan di atas sumbungan mereka kepada industri hiburan dan negara.

Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave berkata, jasa penggiat seni dalam membangunkan negara serta menyatukan rakyat merupakan satu sumbangan besar yang perlu diberi perhatian.

"Jadi mengapa tidak kita berikan mereka penghargaan ini," katanya pada Majlis Iftar bersama YA1M dan penyampaian sumbangan sempena Aidil Fitri di sini baru-baru ini.

Antara artis veteran yang menerima sumbangan termasuk pelakon drama Afida Es, penyanyi dan penulis lirik Teoh Soon Hin serta pemuzik, Karmegam Vellaisamy.

Selain itu pada majlis sama, pelakon dan pengarah Datuk Rahim Razali menerima Anugerah Khas YA1M 2013 di atas sumbangan beliau dalam industri perfileman dan drama tanah air selain sebagai pengacara dan pengulas sukan.
Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain