suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michael Schumacher 'Semakin Pulih' - Corinna

Corinna bersama Michael Schumacher.

ISTERI juara dunia Michael Schumacher, Corinna mendedahkan pelumba F1 itu semakin pulih. Beliau berkata Michael telah pun dipindahkan daripada hospital di Grenoble, Perancis ke hospital yang berhampiran dengan rumahnya di Switzealand. 

Corrina yang menghabiskan masa selama berbulan-bulan disamping suaminya, Michael, 45, ketika dia berada dalam keadaan koma selepas mengalami pendarahan otak yang serius selepas juara dunia itu jatuh ketika bermain ski di Perancis. 


Dia memberitahu Neue Post: "Michael semakin sembuh, dalam apa jua keadaan dia tetap memperlihatkan perubahan. 


"Senyuman ini membayangkan takdir yang berlaku," katanya kepada akhbar Jerman Bild. 

Ini bermakna: "Kita akan teus melawan. Kita juga harus meraikan saat indah yang berlaku dalam kehidupan kita," katanya. 

Beberapa minggu yang lalu, Corinna melahirkan kebimbangan beliau mengenai masa depan suaminya, Michael, 45, yang bergelut untuk sedar daripada koma selepas enam bulan tidak sedarkan diri.

Artikel Lain