suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status Halal Dua Produk Daging Ayam di Labuan Meragukan - Anggota Parlimen

LABUAN: Status halal dua jenama produk ayam yang dijual di pulau ini didapati meragukan, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Jenama itu ialah Tyson dan Chicken Wing kod EZG253.

Beliau berkata perkara itu disedari Labuan Halal Hub Sdn Bhd yang menempah produk terbabit untuk diedarkan.
 
"Negara asal pengeluar produk daging ayam jenama Tyson ialah Amerika Syarikat tetapi permit dan logo halalnya dari negara lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menasihati pemborong agar tidak membuat tempahan dan mengedar kedua-dua produk tersebut.

Pemborong, peniaga dan pengguna boleh membuat semakan produk daging ayam dan daging kerbau halal yang diimport ke negara ini diwww.dvs.gov.my, katanya.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Kastam Labuan, Wasimin Daiman berkata tidak terdapat pengimportan produk daging ayam dua jenama tersebut ke Labuan.

Beliau berkata hanya dua jenama produk daging ayam import yang memenuhi keperluan sijil halal yang dijual di Labuan iaitu jenama Persia (dari Belanda)
dan Frisia (Denmark).

"Dua jenama yang didakwa itu mungkin dibawa dari Sabah atau Sarawak dan tidak melalui pemeriksaan agensi berkaitan ketika dibawa masuk ke Labuan," katanya.

daging ayam, Rozman Isli

Artikel Lain