suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Kawasan Catat IPU Sederhana Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana menurun daripada 18 pagi Khamis kepada 10, setakat 9 pagi Jumaat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Kampung Air Putih, Taiping, 68, Seberang Jaya 2, Perai (65), Jalan Tasek, Ipoh (58), Bakar Arang, Sungai Petani dan Perai, Pulau Pinang masing-masing 57.

Nilai, Negeri Sembilan (55), Seri Manjung, Perak (54), SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Pelabuhan Klang masing-masing merekodkan bacaan IPU 52 manakala Kemaman, Terengganu (51).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


Indeks Pencemaran Udara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain