suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pemuda Umno Perlis Dibebas Dengan Jaminan Polis

ARAU: Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Arau, Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang Selasa.

Kedua-duanya menyerah diri setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan mengganggu anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar menjalankan tugas di Bazar Ramadan di sini, Ahad lepas.

Syed Atif berkata: "Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan di sini, petang Rabu.

Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Artikel Lain