suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 300 Asnaf Di Kelantan Terima Zakat Tabung Haji

Othman (kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan ketika hadir pada Program Ehsan Tabung Haji Negeri Kelantan 1435H/2014M di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini, Rabu.

KOTA BAHARU: Seramai 302 individu terdiri daripada golongan asnaf di Kelantan menerima sumbangan zakat daripada Lembaga Tabung Haji (TH) berjumlah RM151,000, pada Rabu.


Penyerahan zakat itu disempurnakan Anggota Lembaga Pengarah TH Datuk Othman Mahmood di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di sini.

"Penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin menerima RM500 setiap seorang," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan zakat di bawah Projek Ehsan TH Peringkat Negeri Kelantan itu.

Projek Ehsan merupakan program tanggungjawab sosial tahunan TH yang diadakan pada bulan Ramadan bertujuan meringankan beban kewangan golongan asnaf berkenaan.

Raja Limah Raja Mamat, 56, bersyukur menerima sumbangan itu yang membolehkan dirinya membuat persiapan ala kadar menyambut lebaran ini.

"Boleh juga makcik beli baju baharu untuk tujuh anak makcik dan kalau ada lebih boleh buat untuk belanja dapur," kata ibu tunggal itu.


asnaf, Kelantan, zakat, Tabung Haji

Artikel Lain