suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tren Tergelincir, Perkhidmatan KTM Intercity Di Pantai Timur Terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur pada Selasa mengalami gangguan selepas Tren No 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 80.0 di antara Kemayang-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang itu.

"Tiada penumpang yang mengalami kecederaan dan kesemua 79 penumpang terbabit dipindahkan ke koc hadapan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan tren meneruskan perjalanan selepas koc yang tergelincir dipotong.

Ekoran kejadian, jadual lima perkhidmatan KTM Intercity mengalami gangguan iaitu Tren No. 29 - Ekspres Wau (Tumpat-Kuala Lumpur Sentral) telah berakhir di Stesen Mentakab dan penumpang terlibat meneruskan perjalanan menggunakan bas ke Kuala Lumpur dan stesen-stesen perantaraannya.

Perkhidmatan Tren No. 26 - Ekspres Senandung Timuran (Woodlands-Tumpat) pula berakhir di Stesen Kuala Lipis dan penumpang meneruskan perjalanan menggunakan bas sehingga ke Stesen Gemas dan kembali menggunakan tren ke Stesen Woodlands.

Perkhidmatan Tren No. 91 - Shuttle (Woodlands-Tumpat) berakhir di Stesen Kuala Lipis manakala Tren No. 92 - Shuttle (Tumpat-Woodlands) pula berakhir di Stesen Gemas sahaja.

Menurut kenyataan itu pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang terganggu atau menukar semula tarikh perjalanan. 

Kerja-kerja baik pulih landasan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. 

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi KTMB Call Centre di 1300-88-5862.
KTM Intercity, tren, Pantai Timur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain