suria

SPAD Keluarkan LPS Untuk Bas Tambahan Aidilfitri

Mohd Nur Ismal Kamal
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk perkhidmatan bas tambahan sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismal Kamal berkata permohonan itu dibuka sehingga 24 Julai ini dan SPAD tidak mengehadkan jumlah LPS yang boleh dipohon.

"Yang penting setiap permohonan harus menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak panik jika mendapati tiket bas untuk pulang ke kampung masing-masing sudah habis.

SPAD menjangka 1.4 juta tiket bas ekspres akan dijual sempena Aidilfitri ini dan daripada jumlah itu 33 peratus adalah untuk ke utara, 30 peratus ke pantai timur dan 37 peratus lagi ke selatan tanah air, katanya.

Menurut Ismail SPAD menetapkan tempoh pergerakan bas yang beroperasi menggunakan LPS ialah dari 19 Julai hingga 4 Ogos.
Spad, LPS

Artikel Berikut

Artikel Lain