suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu MB: Azmin Gesa Jangan Sebar Fitnah Terhadap Khalid

SHAH ALAM: Selepas timbul kekecohan mengenai penyebaran maklumat palsu berhubung usaha pihak tertentu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan media, Mohamed Azmin Ali akhirnya 'buka mulut' mengulas kedudukan Menteri Besar itu.


Menggesa semua pihak berhenti menyebarkan fitnah mengenai musuh politiknya itu, Azmin menegaskan isu mengenai pertukaran Menteri Besar bukan menjadi keperluan utama buat masa ini.

"Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita ajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.

"Di bulan Ramadhan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan untuk bantu rakyat," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor (BBC) di Bangunan SUK di sini pada Selasa.

Bagaimanapun Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, isu pertukaran Menteri Besar hanya akan dibincangkan secara kolektif apabila tiba masanya.

"Pendirian kita jangan teruskan spekulasi, jangan buat fitnah, tumpu kerja untuk membangunkan negeri Selangor dan ini yang kita bincangkan dalam mesyuarat hari ini, kita bincang isu-isu yang memberikan kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Pilihan raya sudah selesai, keputusan telah dibuat dan sekarang masa untuk kerja. Bila ada keperluan untuk membincangkan perkara (pertukaran MB) itu kita akan bincang secara kolektif," katanya.

Penyebaran mesej fitnah berhubung kedudukan Abdul Khalid semakin berleluasa termasuk yang terbaharu apabila mesyuarat BBC Selangor hari ini dikatakan bertujuan mencapai kata sepakat bagi menyatakan undi tidak percaya kepada Menteri Besar itu.

Malah pada Ahad lalu, taktik menyebarkan fitnah termasuk dari kalangan pemimpin PKR Selangor dengan mengaitkan pihak media turut dikesan bagi memberi tekanan kepada Abdul Khalid supaya mengosongkan pejabatnya.


Artikel Lain