suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jais Tubuh Jawatankuasa Bebas Siasat Penahanan Wanita Kes Khalwat

SHAH ALAM:  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat sama ada pegawai terlibat dalam kes penahanan seorang wanita berusia 29 tahun yang didakwa melakukan kesalahan khalwat, mematuhi tatacara siasatan. 

Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata Jais akan mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka sekiranya terbukti pegawai berkenaan tidak melaksanakan tugas mengikut undang-undang dan peraturan semasa proses penahanan itu. 

"Jais memandang serius hal ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana pegawai yang tidak mengikuti tatacara diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Zaharin mengulas laporan media yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa berhubung penahanan wanita itu atas kes khalwat oleh penguat kuasa Jais pada Jun 22 lepas di rumahnya di Salak Tinggi, Selangor. 

Beliau berkata kesudahan kes itu bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dilakukan serta keputusan pihak pendakwa raya setelah meneliti keterangan yang diambil. 

"Berkenaan isu kes ini, harus diingatkan bahawa buat masa ini kes hanya wujud atas syak," katanya. 

Jais, khalwat

Artikel Lain