suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Tren Perantara Stesen Hang Tuah - Imbi Diteruskan

KUALA LUMPUR: RapidKL Monorail akan meneruskan perkhidmatan tren perantaranya sehingga diberitahu kelak dan tidak akan mengadakan perkhidmatan tren antara Stesen Hang Tuah dan Stesen Imbi, demi keselamatan penumpang.

"Kami akan sediakan tren perantara dari KL Sentral ke stesen Hang Tuah, dan antara Titiwangsa dan Imbi, seperti yang kami lakukan beberapa hari lepas berikutan kejadian lubang benam," kata Ketua Pegawai Operasinya Abdul Hadi Amran dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata juruperunding yang diambil syarikat pengendali perkhidmatan rel itu membuat keputusan mereka tidak perlu melakukan lebih banyak pemeriksaan terhadap keadaan tanah dan kekukuhan dua tiang monorel di kawasan terjejas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk terus beroperasi dalam "degraded mode" sehingga diberitahu kelak," katanya.
monorel, Hang Tuah - Imbi

Artikel Lain