suria

Simpan Mercun: Peniaga Kedai Makan Dipenjara Lima Hari, Denda RM2,000

KOTA BAHARU: Seorang peniaga kedai makan dihukum penjara lima hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyimpan mercun dan bunga api bernilai RM189.40.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Zulkefli Ab Rahman, 47, mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lot 31, Jalan Pasir Puteh, Kampung Pasir Tumboh di sini pada 6.30 petang 2 Julai lepas.

Nik Habri juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Zulkefli didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda 20 kali nilai mercun dan bunga api, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Karthy Gasedev dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Lain