suria

Perlis Peruntuk RM4 Juta Untuk Sumbangan Ramadan

KANGAR: Perlis memperuntuk RM4 juta untuk sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata 22,116 orang fakir, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan anak yatim dikenal pasti untuk menerima RM150 seorang.

Beliau yang menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DMPP) Perlis malam tadi turut menyampaikan sumbangan RM100 seorang kepada 210 anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU, fakir miskin dan mualaf.


Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain