suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengundian Pemilu: Kedutaan Indonesia Di Jalan Tun Razak Sesak

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di dua lokasi pengundian awal pemilihan umum (Pemilu) Presiden Indonesia di Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Tun Razak dan Sekolah Indonesia di Lorong Tun Ismail di sini adalah terkawal namun dijangka meningkat pada tengah hari.

Jurucakap Trafik Polis Kuala Lumpur berkata keadaan trafik dijangka meningkat kerana banyak warga Indonesia akan keluar mengundi.

Pihak polis telah meningkatkan kawalan di kedua-dua lokasi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, katanya.

Sebanyak 50,569 orang dari 126,421 orang yang akan mengundi, dijangka mengundi di Kuala Lumpur hari ini sementara kira-kira 10,000 di konsulat Indonesia di Johor Baharu.

Selebihnya akan mengundi di empat lagi konsulat iaitu di Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu esok, sebelum pengiraan undi dilakukan di kesemua pusat mengundi pada 13 Julai dengan disaksikan wakil Komisi Pemilihan Umum Indonesia dari Jakarta.

Sebelum ini Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno berkata terdapat 420,643 warga Indonesia yang menetap di negara ini mendaftar sebagai pemilih.

Sebanyak 246,626 pemilih yang tinggal di luar Kuala Lumpur akan mengundi melalui pos dengan pengiriman surat telah dilakukan pada 27 Jun lepas dan bagi 47,596 pemilih yang bekerja di kilang atau ladang, pengundian dilakukan melalui sistem 'drop box' dengan pengiriman kertas undi dilakukan sejak Selasa.


Pemilu, Indonesia

Artikel Lain