suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Program Perubatan Universiti Assiut, Mesir Tak Diiktiraf JPA

Program perubatan Universiti Assiut tidak diiktiraf JPA.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyambung pengajian dalam program perubatan di Universiti Assiut, Mesir yang tidak diiktiraf.


Kenyataan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan pada Khamis memaklumkan, pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti berkenaan mungkin berdepan masalah selepas tamat pengajian kerana tiada pengiktirafan JPA.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan tawaran atau surat tawaran kemasukan ke universiti yang dikeluarkan ejen penghantaran pelajar ke universiti di Timur Tengah.

“Hanya universiti sahaja yang boleh mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada pelajar,” kata kementerian itu.

Kementerian itu berkata, mulai tahun ini, semua permohonan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Timur Tengah seperti Jordan, Maghribi dan Mesir dibuat secara atas talian dan mesti melalui kementerian itu.

Universiti Assiut, Mesir, perubatan

Artikel Berikut

Artikel Lain