suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Felixia Pilih Rania Selepas Mengucap Syahadah

PETALING JAYA: Bekas model seksi, Felixia Yeap selamat memeluk Islam di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.30 petang Khamis.

"Jam 6.30pm tadi...saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.

"Alhamdullilah...selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini," demikian tulis Felixia di akaun Twitternya.

Difahamkan dia memeluk agama Islam di hadapan empat orang saksi yang turut dihadiri ibunya.

Pemeriksaan di akaun Facebook rasminya mendapati Felixia turut mengemaskini maklumat peribadinya bahawa dia kini merupakan seorang muslim.

"The Chinese Girl in Hijab, A Malaysian Chinese-Muslim (Gadis Cina berhijab, rakyat Malaysia berbangsa Cina-Islam)," demikian tulisnya.

Felixia, 28, memilih 5 Ramadan sebagai tarikh untuk memeluk agama Islam sempena hari ulang tahun kelahirannya pada Khamis.

Sebelum ini dia mengumumkan untuk mengekalkan nama asalnya selain menambah nama baharu iatu 'Rania' yang dikatakan diperoleh menerusi mimpi.

Sejak awal pagi Khamis, timbul sedikit salah faham di kalangan wakil media berhubung lokasi Felixia akan memeluk Islam.

Bagaimanapun bekas model majalah antarabangsa termasuk majalah Playboy itu memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya tidak membenarkan sebarang liputan media mengenai majlis pengislamannya.
Felixia Yeap, Rania, Peluk Islam

Artikel Lain