Tiada Laporan Ternak Babi Secara Haram Di Negeri Sembilan - Semasa | mStar

Tiada Laporan Ternak Babi Secara Haram Di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan terutama di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson, setakat ini.

Bagaimanapun, Pengarah JPVNS Dr Azman Shah Abd Manaf berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram di Bukit Pelanduk dan ia telah diambil tindakan oleh penguatkuasa JPVNS.

"Kita ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram di Bukit Pelandok tetapi tidak banyak. Kita telah pun mengambil tindakan mengenai perkara itu. 

Mengikut peraturan penyembelihan babi perlu dilakukan di rumah penyembelihan haiwan berkenaan tetapi di Negeri Sembilan kita tidak ada rumah penyembelihan babi," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa pemimpin tempatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat kes kematian akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu. 

Ini kerana terdapat pemimpin tempatan yang cuba menghasut penduduk agar terus melakukan aktiviti penternakan babi di sekitar Bukit Pelanduk, mahu pun daerah lain di negeri ini secara haram. 

Katanya anggota penguatkuasa JPVNS dan polis sentiasa memantau kawasan Bukit Pelanduk dan kawasan lain di negeri ini bagi membendung kegiatan penternakan babi secara haram.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjalankan penternakan babi secara haram di negeri ini. Jika dibiarkan kita bimbang ia boleh mengakibatkan penularan wabak Japanese Encephalitis (JE) berulang seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk pada tahun 1998," katanya.

Dr Azman Shah berkata orang ramai yang mengetahui kegiatan penternakan babi secara haram di negeri ini supaya melaporkan kepada pejabat JPVNS dan balai polis berhampiran. 

Ratusan penduduk di Bukit Pelanduk dilaporkan terkorban dalam wabak yang berlaku pada 1998 dan berikutan itu, kerajaan negeri melarang penternakan babi di situ. 

Bagaimanapun, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan babi di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat di mana pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar. 

Pengusaha ladang juga hanya dibenarkan menternak dalam kuantiti kurang daripada 1,000 ekor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jiran Sifatkan Rizalman Seorang Pendiam

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain