suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenak Nyaris Maut Dibaham Buaya

SEORANG wanita warga emas berdepan detik cemas selama lima minit apabila dia bertarung dengan seekor buaya sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan haiwan tersebut.

Manggin Nueng, 65, dari Bekenu, Sarawak sedang membasuh pakaian di tebing Sungai Suai apabila dibaham di bahagian kaki kanannya.

"Buaya itu cuba menarik saya ke tengah sungai tetapi saya terus menendang haiwan tersebut. Lima minit kemudian, haiwan itu melepaskan gigitan dan saya berenang ke tebing dengan kaki yang luka dan berdarah," katanya.

Manggin berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang Isnin lalu.

Anak perempuannya yang turut berada di tempat kejadian membantunya naik ke tebing sungai.

"Ini adalah kali pertama penduduk di sini diserang buaya," kata Manggin.

Dia sedang dirawat di Hospital Miri.

Seorang jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) telah dihantar ke tempat kejadian untuk menangkap buaya terbabit.


buaya, Bekenu, Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain