Ladang Babi Tiada Sistem Kumbahan Di Melaka Penyebab JE - Semasa | mStar

Ladang Babi Tiada Sistem Kumbahan Di Melaka Penyebab JE

ALOR GAJAH: Kebanyakan pengusaha ladang penternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah di sini didapati tidak mempunyai sistem sisa kumbahan yang teratur dan sistematik.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka Dr Azlan Enjah berkata pihaknya turut menerima aduan penduduk berhubung tindakan segelintir penternak yang membuang sisa kumbahan haiwan itu di Sungai Tuang di sini.

"Ada penternak dikesan menyalurkan sisa kumbahan terus kepada parit atau sungai melalui sambungan paip haram, namun kita tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada undang-undang khas untuk mencegah perbuatan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika mengiringi lawatan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman ke beberapa ladang babi di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan Melaka telah meluluskan Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 bagi menambah baik Enakmen Menternak Babi 1980 mengikut keperluan semasa.

Katanya melalui kaedah pelesenan itu, penternak perlu mengikut syarat dan spesifikasi penternakan yang menggariskan beberapa kriteria antaranya sistem pengurusan ladang dan kumbahan yang teratur, serta kebersihan ladang dan pengawalan pencemaran alam sekitar.

Beliau berkata pihaknya turut membuat pemantauan secara berkala ke atas 36 ladang penternakan membabitkan 48,300 ekor babi di kawasan berkenaan bagi memastikan jumlah haiwan yang diternak tidak melebihi jumlah sedia ada selain pengusaha mengambil langkah bagi mengelak penularan virus Ensefalitis Jepun (JE) di Melaka.

Sementara itu, Hasan berkata Kaedah-Kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 sedang dalam proses pewartaan dan dijangka dapat dikuat kuasa pada awal tahun depan.

Beliau bagaimanapun berkata rakyat Melaka tidak perlu berasa bimbang kerana setakat ini tiada kes JE serta ladang ternakan babi haram dilaporkan di negeri itu.

Katanya kerajaan negeri melalui jabatan perkhidmatan veterinar telah menempatkan pegawai secara tetap di ladang ternakan babi tersebut bagi membuat pemantauan berhubung virus JE berkenaan. 


Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Agong cari penyelesaian terbaik