suria

Jiran Sifatkan Rizalman Seorang Pendiam

Muhammad Rizalman Ismail.
PETALING JAYA: Seorang penduduk di kawasan kejiranan di mana diplomat Malaysia, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail menetap di New Zealand berkata, beliau seorang yang pendiam.

Sean Gordon, yang tinggal di sebuah rumah yang terletak di belakang rumah Rizalman dan keluarganya di Miles Cres, New-town, Wellington berkata, terrtuduh berpindah ke kawasan kejiranan itu kira-kira setahun yang lalu, menggantikan seorang lagi keluarga Malaysia yang menetap di situ.

Portal berita New Zealand, Stuff.co.nz memetik Gordon sebagai berkata, dia dan rakannya membelikan keluarga Rizalman sejenis tumbuh-tumbuhan sebagai hadiah sempena mengalu-alukan kedatangan mereka.

"Kami melakukan tradisi kejiranan masyarakat di sini. Beliau seorang yang pendiam, seperti sentiasa memikirkan sesuatu," kata Gordon.

Gordon berkata, beliau mendapati Rizalman, 38, seorang yang agak pendiam manakala isteri dan anaknya pula bersikap peramah.

Rizalman didakwa melakukan serangan seksual terhadap wanita berusia 21 tahun di rumah mangsa di Wellington pada 9 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut wanita tersebut pulang ke rumah mangsa di Brooklyn sebelum menyerangnya.

Gordon berkata, Rizalman hilang daripada kawasan kejiranan itu kira-kira sebulan yang lalu manakala isteri dan anak-anaknya masih berada di situ.

"Lelaki tersebut selalu minum bersama saya. Malah saya membantunya membuang rumpai di kawasan rumahnya," kata Gordon.


Artikel Berikut

Artikel Lain