suria

Dua Hakim Tarik Diri Kes Pohon Isytihar Murtad

PUTRAJAYA: Dua Hakim menarik diri daripada mendengar kes Zaina Abdin Hamid dalam percubaannya untuk mendapat perisytiharan beragama Hindu, dengan mengatakan bahawa mereka tidak sesuai untuk mengetuai kes itu. 

Panel Pengerusi, Hakim Azahar Mohamed mendedahkan bahawa kes itu telah berada di bawah bidang kuasanya, di mana ketika itu dia masih bersama Pejabat Peguam Negara, pada 2002.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof juga menarik diri dengan berkata beliau mengendalikan kes yang hampir sama, James Vs Kerajaan Malaysia.

"Saya tidak berasa selesa, mempunyai perkara yang sama. Oleh itu, saya menarik diri daripada kes ini," katanya.

Zaina Abidin Hamid @ S. Maniam, 60, dan tiga anaknya iaitu Surindran a/l Zaina Abidin, Mohanasubash a/l Zaina Abidin dan Chandrika a/p Zaina Abidin memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi memohon perisytiharan bahawa mereka telah murtad selepas mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.


Artikel Lain