suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Berjudi Di Pusat Snuker Didenda RM1,500

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas pada Selasa didenda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana berjudi di sebuah pusat snuker.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhi hukuman itu terhadap Yap Sau Kon, 60, setelah mengaku bersalah berjudi di Pusat Snuker, 25 Taman Melati pada 2 pagi, 8 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebelum hukuman dijatuhkan tertuduh sempat memberitahu mahkamah bahawa dia hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM30 sehari sebagai penjual buah.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.


Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain