suria

Murid Tahun Satu Parah Dilanggar Kereta Depan Sekolah

SANDAKAN: Seorang murid Tahun Satu mengalami cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintasi jalan raya di hadapan sekolahnya di Jalan Cecily Utara Batu 4 dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zul Hakeem Hamsah, 7, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew. 

Dalam kejadian 5.50 petang itu menyebabkan mangsa mengalami patah kaki kanan dan masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya di sini, Selasa.

Rowell berkata pemandu kereta berkenaan sudah tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu turut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zabir Aripin di talian 089212222 (sambungan 254).

Artikel Lain