suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawasan Tertutup, Tandas R&R Jadi Kawasan Larangan Merokok

S. Subramaniam.
IPOH: Semua kawasan tertutup di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya diwartakan sebagai kawasan bebas dan larangan merokok pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, ia membabitkan kawasan makan dan tandas di R&R.

Katanya, perbincangan telah diadakan dengan beberapa agensi berkaitan dan kesemua bersetuju untuk melaksanakan arahan itu sebelum akhir tahun ini.

"Kami mahu melaksanakan arahan ini dengan kadar segera.

"Mereka yang ditangkap kerana merokok boleh didenda antara RM250 dan RM500," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Mydin Mall Meru Raya di sini, Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain