suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Pakistan Ditemui Mati Di Universiti

SHAH ALAM: Mayat lelaki warga Pakistan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik unit kendalian udara (AHU) di Management and Science University (MSU) di sini, Isnin.

Seorang penyelia memaklumkan kepada polis selepas beliau menemui mayat berkenaan di bilik AHU di aras lapan bangunan itu kira-kira pukul 3.45 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ruslan Abdullah berkata, mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai Muhammad Uzair, 25, yang bekerja sebagai pencuci di universiti itu.

Difahamkan, terdapat perselisihan faham apabila mangsa tidak mengendahkan tugas memasak yang perlu dilakukannya.

"Kami sedang memburu Muhamad Tanveer, 24, yang turut bekerja sebagai pencuci di MSU bagi membantu siasatan," kata Roslan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta untuk menghubungi polis di talian 03-2052 9999 atau membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Artikel Lain