suria

Malaysia Tetap Komited Cari MH370 - PM

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370.

Beliau menyatakan demikian menerusi Twitter sempena 100 hari kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Pesawat malang itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenytaannya berkata, kerajaan mengulangi komitmen dengan semangat baharu untuk mengesan pesawat MH370, 100 hari selepas kehilangannya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha melakukan yang terbaik dalam pencarian itu tanpa meninggalkan sebarang aspek.

"Selepas 100 hari kehilangan MH370, kehilangannya terus meninggalkan kesedihan kepada semua rakyat Malaysia dan di seluruh dunia. Usaha ini tidak boleh dihentikan sehingga MH370 ditemu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain