suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laman Web Palsu Tiru The Star Online

PETALING JAYA: Star Publications (M) Bhd mengesan sebuah laman web yang menyalahgunakan logo The Star Online serta menyerupai portal berita berbahasa Inggeris itu.

Star Publications menafikan sebarang kaitan dengan laman web itu yang pada masa ini menggunakan thestar.com-x.biz/special-report.

"Kita akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan isu ini ditangani secepat mungkin," kata Ketua Produk (Digital) Star Publications, Serm Teck Choon.


"Ini termasuk, membuat laporan kepada polis, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."

Para pembaca dan pengunjung laman web The Star Online perlu memastikan mereka melayari laman web yang tepat menerusi thestar.com.my.

laman web palsu, The Star Online

Artikel Lain