Kerajaan Tidak Pilih Bulu Tangani Isu Militan - Hishammuddin - Semasa | mStar

Kerajaan Tidak Pilih Bulu Tangani Isu Militan - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.
RAUB: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap siapa sahaja yang didapati bersekongkol dengan pihak asing dalam kegiatan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
 
"Tidak kira dia anggota polis, tentera, imigresen atau kastam, jika didapati ada yang menggunakan jawatan mereka (untuk terbabit dalam militan) kita harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas.
 
"Namun saya juga berharap siasatan berkenaan tidak melibatkan pihak yang tidak berdosa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin di sini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan media mengenai tiga warga tempatan termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditahan di Sandakan, Sabah kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan di negara-negara bergolak.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata isu 'musuh dalam selimut' perlu ditangani habis-habisan kerana mereka akan menggagalkan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan negara.
 
"Dalam dunia yang serba moden kini memang kita tak dapat nak halang ancaman dari luar, tapi jika kita mempunyai musuh dalam selimut segala perancangan yang kita buat akan menjadi sia-sia," katanya.

Hishammuddin Tun Hussein , militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Perak Kini Lebih Kukuh - Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain