suria

Mais, Jais Tiada Asas Undang-Undang Simpan Bible - DAP

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai asas undang-undang untuk menyimpan 321 bible Bahasa Melayu dan Iban yang disita daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu. 

Penasihat Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata kenyataan yang Jais dan Mais itu 'dilihat cuba mencabar' keputusan yang diumumkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang sebelum ini berkata tiada kes terhadap BSM dan kitab yang dirampas itu tidak memberikan ancaman kepada masyarakat. 

"Keputusan untuk mendakwa terletak secara khusus kepada Peguam Negara, sama ada kes atau tindakan yang perlu diambil. 

"Bagaimanapun, apabila hakim memutuskan tiada kes, Mais dan Jais tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyimpan bible berkenaan," kata Ahli Parlimen Puchong itu kepada pemberita selepas menghadiri 'retreat' politik tahunan parti itu di sini pada Sabtu.

Pada pagi Sabtu, Mais dan Jais telah mengeluarkan satu kentayaan bahawa mereka tidak akan mengembalikan bible yang dirampas daripada pejabat BSM pada 2 Januari lalu, serta menegaskan tindakan akan diambil  kerana persatuan tersebut kerana mengedarkan bible berkenaan. 

Mais berkata kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai peraturan tetap untuk mengembalikan barang yang dirampas kerana penyiasatan masih belum dilengapkan. 

Bagaimanapun, Gobind menegaskan, jabatanb agama tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana kertas siasatan telah pun ditutup. 

"Undang-undang sangat jelas. Tidak kes dalam isu ini. Bible tersebut milik BSM kecuali Mais dan Jais boleh membuktikan sebaliknya," katanya. 

Mais dalam satu kenyataan, menggesa timbalan pendakwa raya Selangor mendapatkan perintah mahkamah untuk melupuskan 
bible yang dirampas seperti yang termaktub di bawah Seksyen 407 A, Kanun Acara Jenayah. 

Gobind berkata Jais telah membuat rujukan untuk meneruskan pendakwaan dalam kes tersebut.

Beliau turut menghubungi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengarahkan Jais dan Mais memulangkan bible berkenaan. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut bersetuju agar Khalid boleh masuk campur. 

"Saya rasa Menteri Besar Selangor harus bertindak dalam isu ini," katanya. 
bible, BSM, Gobind Singh

Artikel Lain