suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Bible: Khalid Jumpa Mais, Jais Minggu Hadapan

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mencapai konsesus dalam usaha menyelesaikan isu bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) dirampas sebelum mendapatkan keputusan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam satu kenyataan, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi mengadakan mesyuarat dengan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan penasihat undang-undang negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, serta wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berbincang mengenai isu berkenaan minggu hadapan. 

"Kerajaan negeri akan cuba mencapai konsensus sebelum membawa isu ini kepada Sultan Selangor untuk keputusan akhir," katanya. 

Terdahulu Mais dan Jais enggan memulangkan bible yang dirampas daripada pejabat BSM pada 2 Januari. 

Kenyataan Mais itu dikeluarkan tiga hari selepas Peguam Negara mengumumkan tiada kes terhadap BSM dan kerajaan negeri telah mengarahkan bible tersebut dipulangkan semula. 


bible, Khalid Ibrahim

Artikel Lain