suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Murid Tahun Tiga Lemas Di Jeram Besu Ditemui

KUANTAN: Mayat murid lelaki tahun tiga yang dikhuatiri lemas semasa mandi bersama keluarganya di Jeram Besu, Dong dekat Raub Khamis lepas ditemui tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, mayat Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, ditemui 1.30 tengah hari oleh pasukan penyelamat.
 
"Mayat murid yang hilang sejak dua hari lepas itu ditemui di Lubuk Bidara dekat situ kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
 
"Mayat mangsa dihantar ke HospitalRaub untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Khamis lepas, mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor bersama keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan telah singgah di situ untuk mandi.

Mangsa tiba-tiba didapati hilang semasa sedang mandi di situ kira-kira jam 11 pagi sebelum anggota keluarga cuba mencarinya dan membuat laporan polis di Balai Polis Dong.
mayat, murid, lemas

Artikel Lain