suria

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Alvin Tan

Alvin Tan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog, Alvin Tan Jye Yee setelah gagal menyerahkan semula pasportnya selepas berlepas ke Singapura pada 18 Mei lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemeli pada Jumaat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Julai ini untuk menentukan sama ada Alvin patut dibenarkan ikat jamin atau tidak.

Pada 12 Mei, Abdul Rashid memenuhi permohonan Alvin dan rakannya, Vivian Lee untuk menyerahkan pasport mereka.

Abdul Rashid mengeluarkan perintah itu selepas peguam Alvin dan Vivian, Chong Joo Tian memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akan berada di Singapura bagi penggambaran dokumentari filem mengenai kehidupan mereka di sana.

Pasangan terbabit dibenarkan mendapatkan semula pasport mereka antara 18 Mei dan 3 Jun untuk membolehkan mereka berlepas ke republik itu.

Alvin dan Vivian menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain