suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Lelaki Cuba Samun Rumah Pegawai Kanan Polis

KUALA LUMPUR: Niat empat lelaki dipercayai untuk menyamun rumah seorang pegawai kanan polis berpangkat datuk di Damansara di sini hari ini tidak kesampaian, selepas dikejutkan dengan satu das tembakan.

Menurut sumber polis, dalam kejadian 7 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga Indonesia menaiki dua motosikal, berlegar-legar di hadapan pagar rumah pegawai polis berkenaan. 

Dua anggota polis kemudiannya menghampiri kumpulan lelaki itu sebelum seorang daripada kumpulan lelaki itu mengeluarkan objek dipercayai senjata api.

Anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan amaran menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

samun, rumah pegawai polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain