suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Lawat Pasar Nelayan LKIM Kuala Besut

BESUT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Khamis dengan mengunjungi Pasar Nelayan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Seberang Kastam di Kuala Besut.

Beliau beramah mesra bersama lima peniaga yang menjual hasil tangkapan laut segar serta barangan basah secara terus kepada pembeli di pasar berkenaan dan menikmati sarapan pagi tradisi Terengganu iaitu nasi dagang, lauk udang dan telur masin.

Dalam kunjungan itu, Muhyiddin diiringi Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin tertinggi negeri yang lain.

Timbalan Perdana Menteri kemudian beredar ke tapak perasmian 'Jom Bertani' peringkat kebangsaan di Kampung Nyior Tujuh Jerteh di sini.

Tengah pula, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional, akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin Umno Bahagian Besut.

Beliau turut dijadual menyampaikan ucaptama pada Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan di Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu sebelum pulang ke ibu negara.


LKIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain