suria

Rakyat Malaysia Kurang Karenah Jalani Pemeriksaan Biometrik

KUALA LUMPUR: Sebanyak 77 peratus rakyat Malaysia bersedia untuk memberikan maklumat biometrik seperti cap jari atau gambar untuk mengesahkan identiti mereka sebelum menaiki pesawat, menurut kaji selidik.

Bagaimanapun, hanya 35 peratus rakyat Malaysia bersedia menyediakan data peribadi biometrik untuk membuktikan identiti mereka dalam program pengembara dipercayai bagi pemprosesan akses prakelulusan, bagi pelancong berisiko rendah melalui lorong dan kios khusus, menurut Unisys Security Index 2014.

Sejumlah 964 rakyat Malaysia ditemu bual dari 14 hingga 27 Mac di Unisys Security Index, kajian global bagi mengukur sikap dan persepsi pengguna berhubung isu nasional, peribadi, kewangan dan berkaitan keselamatan.

Pengarah Program Keselamatan Unisys Asia Pasifik John Kendall berkata tentangan rakyat Malaysia berhubung laluan khas bagi pemeriksaan pantas Imigresen untuk pengembara kerap menunjukkan kebimbangan yang memuncak mengenai keselamatan di lapangan terbang selepas kehilangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac.

Beliau berkata responden mengetengahkan isu kehilangan pasport atau pasport palsu kerana mungkin mengesan proses keselamatan yang longgar.

Biometrik, Malaysia

Artikel Lain