suria

Jajaran Projek Lebuhraya Pantai Barat Dikaji Semula - Fadillah

Fadillah (tengah) menerima cenderahati daripada Pengerusi United Business Media (UBM), Tan Sri Dr Ahmad Mustaffa Babjee (dua, kiri) selepas merasmikan Pameran Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik Asean 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji satu penjajaran jalan alternatif di Selangor untuk projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE), kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kementeriannya sedang mengkaji semula rancangan itu berikutan maklum balas daripada orang ramai untuk melihat semula penjajaran jalan awal, yang akan melalui Sungai Besar, Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

"Kami sedang mengkaji perkara ini dengan segera dan pelan baharu perlu dikemukakan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor," katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa isu berkenaan telah diperbincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.

Fadillah, yang melancarkan Edisi ke-5 Pameran Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik Asean 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi Selasa, berkata projek WCE itu dijangka siap pada 2017.

Beliau berkata, kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM1.35 bilion bagi Perak dan Selangor serta RM5.04 bilion untuk sektor swasta bagi pelaksanaan baki projek.

Sebaik sahaja WCE siap untuk digunakan, beliau berkata, ia akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya PLUS, terutama ketika musim perayaan.

"Apabila ada yang baharu dan pembangunan infrastruktur yang lebih baik, ia juga membuka peluang ekonomi lebih baik di sana, termasuk membolehkan rakyat untuk membawa produk mereka atau menarik lebih ramai pelawat," katanya.

Fadillah berkata, pakej pertama bagi Lebuhraya Utama Tengah itu akan menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai, telah diserahkan berikan, dan proses tender telah bermula untuk pakej kedua.

Beliau berkata, beberapa bahagian jalan raya tertentu di Pahang juga sedang dinaik taraf, dan menambah bahawa kerja-kerja Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, dijangka siap pada akhir tahun.

Mengenai cadangan pemberian rebat Touch'n'Go, Fadillah berkata, Kementerian Kewangan dijangka membuat pengumuman mengenainya pada separuh kedua tahun ini.

"Ia sedang mengkaji sama ada ia akan meneruskan skim itu atau melaksanakan satu mekanisme baharu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain