Anak Fail Permohonan Tentu Status Agama Ibu - Semasa | mStar

Anak Fail Permohonan Tentu Status Agama Ibu

GEORGE TOWN: Keluarga kepada seorang wanita yang didakwa mualaf, Teoh Cheng Cheng membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menyemak status agamanya.

Anak Teoh, Medelyn Teoh memfailkan permohonannya melalui peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff pada Selasa.

Menerusi permohonannya, Medelyn berkata ibunya tidak pernah melafazkan syahadah.

Tambah Medelyn, teman lelaki Teoh adalah orang yang bertanggungjawab membuat permohonan menukar agama bagi pihak ibunya ketika mereka merancang untuk berkahwin.

Menurut Medelyn lagi, ibunya bagaimanapun tidak menerima sijil penukaran agama namun MyKad baharunya tertera status agama sebagai Islam.

Wan Faridulhadi berkata, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memfailkan afidavit jawapan kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Menurutnya teman lelaki Teoh turut akan hadir sebagai saksi.

Sebelum ini dilaporkan Teoh yang dikenali sebagai Nora Teoh Abdullah memeluk Islam 17 tahun lalu.

Dia mempunyai empat orang anak yang berumur antara 17 hingga 20 tahun.

Anaknya yang sulung dilahirkan hasil perhubungannya dengan seorang lelaki Cina.

Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun dilaporkan meninggal dunia Sabtu lepas selepas menggantungkan diri di rumahnya di Lebuh Macallum selepas bertengkar dengan teman lelakinya.

Mayat Teoh sepatutnya disemadikan petang semalam mengikut adat Tao, tetapi dihentikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang datang menuntutnya mayatnya.
Mualaf , JHEAIPP , Teoh Cheng Cheng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain