Sektor Swasta Perlu Terus Tingkat Penawaran Kepada Tenaga Kerja - Najib - Semasa | mStar

IKLAN

IKLAN

Sektor Swasta Perlu Terus Tingkat Penawaran Kepada Tenaga Kerja - Najib

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha menarik dan mengekalkan bakat baharu dan memastikan kejayaan syarikat, sektor swasta perlu terus menambah baik penawarannya kepada tenaga kerja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Ini penting memandangkan generasi muda inilah kelak yang akan menambil alih peranan yang lebih besar dalam ekonomi, kata Najib dalam ucaptama pada Invest Malaysia di sini Isnin.

"Apabila tenaga kerja meningkat, kerajaan akan terus mengukur pendapatan negara kasar sebagai langkah penting kejayaan," katanya.

Najib berkata golongan muda hari ini menyaksikan dunia yang lebih terbuka, saling berhubungan, lebih kompleks dan dahaga untuk mengisinya dengan cara terbaik.

"Selain beberapa industri yang menimbulkan masalah, dan beberapa binatang yang cepat matang, tokoh politik dan perniagaan kini kebanyakannya terhad kepada mereka dalam golongan generasi saya.

"Kami memberikan pengalaman dan kewajaran, namun kami tidak selalu dapat membayangkan trajektori kehidupan dan kerjaya yang akan diambil oleh generasi muda ini.

"Kami boleh dan akan melakukan lebih banyak lagi bagi memastikan pandangan mereka bukan sekadar didengar malah diambil kira dalam membuat dasar," kata Najib.

Najib berkata gaji pada 32.9 peratus keluaran dalam negara kasar Malaysia yang lebih rendah berbanding pasran maju, dengan angka hampirkepada 40 peratus dan gaji dan produktiviti meningkat selari.

Beliau berkata mengurus kos hidup dan mengekalkan inflasi pada kadar rendah meupakan saran utama ekonomi.

"Berdasarkan angka-angka utama ini, kita juga perlu perakui bahawa pemahaman orang ramai mengenai pembangunan sebahagian besarnya dibentuk bukan oleh faktor ekonomi," katanya.

IKLAN

IKLAN

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan