suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Yakin Sepanyol Juarai Piala Dunia Fifa 2014

Skuad kebangsaan Sepanyol berlepas ke Curitiba untuk kejohanan Piala Dunia FIFA di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore Washington.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol akan menjuarai Piala Dunia Fifa 2014 di Brazil.

Perdana menteri berkata beliau yakin Sepanyol atau pasukan bergelar 'La Roja' itu akan berjaya mempertahan kejuaraan yang diraih mereka pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berdasarkan prestasi cemerlang mereka.

"England ialah pasukan pilihan sentimental saya tapi saya tidak rasa mereka akan pergi jauh kali ini.

"Walaupun saya suka cara Brazil bermain...tetapi saya percaya Sepanyol akan menang," katanya dalam sesi perbincangan selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini Isnin.

Perbincangan itu dipengerusikan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia' Datuk Seri Johan Raslan.

Sepanyol akan menentang Belanda dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 13 Jun.

Artikel Lain