Penyertaan terbuka kepada dua kategori membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun (kategori A) dan 10 hingga 12 tahun (kategori B).
Program tersebut akan bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.
Yuran penyertaan adalah percuma dan setiap peserta akan diberikan sehelai kemeja-T.
Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri.
Peserta peraduan itu berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang terdiri daripada empat hadiah utama dan 11 hadiah saguhati.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Events Star di talian 03-79671388 ext 1466/1243.


