suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu, Kelindan Maut Lori Jatuh Gaung

IPOH: Pemandu lori dan kelindannya maut apabila kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 10 meter di KM300.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara di sini, malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, kelindan lori yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian, manakala pemandunya yang dikenali sebagai Mohd Mustafa Syafie, 36, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, lori itu membawa muatan alat ganti kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

"Pemandu lori berkenaan yang berasal dari Simpang Pulai mengalami kecederaan serius di muka dan anggota badan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

"Kelindan yang maut di tempat kejadian itu cedera parah akibat tersepit ditempat duduk sebelah pemandu," katanya di sini, pada Selasa.

Kong Soon berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik, bagaimanapun kenderaan itu melalui laluan  mendaki sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Beliau berkata, kemalangan akibat kenderaan itu hilang kawalan itu siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Artikel Berikut

Artikel Lain