suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Adun Bukit Selambau Meninggal Dunia

V. Saravanan.
ALOR SETAR: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau Datuk V. Saravanan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang pada Selasa.

Saravanan, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Selasa dan jasadnya dibawa pulang ke rumah anaknya di Kuala Lumpur.

Beliau juga menghidap kencing manis.

Pengerusi MIC Kedah Datuk S. Ganesan berkata mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah di Jalan Pegawai di sini malam Selasa untuk membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Sungai Petani untuk dikebumikan.
Adun, Bukit Selambau, meninggal

Artikel Lain