suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marcy Dibenarkan Pulang Ke Filipina Tidak Lama Lagi

Marcy dan Gao (kanan) dibebaskan pada Jumaat lalu.

KOTA KINABALU: Pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya selepas dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dari Kepulauan Jolo.

Marcy atau lebih dikenali sebagai Mimi kini sedang berehat di Kedutaan Filipina, Kuala Lumpur dan beberapa pegawai berkata, beliau dibenarkan pulang ke tanah airnya tidak lama lagi.

"Kami sedang berusaha menyiapkan beberapa dokumen untuknya," kata pegawai media dan maklumat kedutaan tersebut, Johann Andan pada Isnin.

Andan berkata Marcy berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk bertemu dengan keluarganya.

Marcy dan seorang pelancong warga China, Gao Huayun, 29, diculik dari Singamata Reef Resort dekat Semporna oleh lima lelaki bersenjata pada 2 April lalu.

Mereka dibebaskan pada Jumaat lalu selepas proses rundingan dengan kumpulan bersenjata terbabit yang mengurung kedua-dua wanita itu di Kepulauan Jolo.

Marcy dan Gao diiringi beberapa anggota keselamatan Malaysia dari Jolo ke Sandakan pada Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata, Gao telah bertemu semula dengan keluarganya di Shanghai pada Ahad.


Artikel Lain