Beberapa tokoh masyarakat berkata, langkah sedemikian amat perlu demi mengelakkan anak-anak yang masih kecil itu hidup dalam persekitaran tidak sihat dan terjebak dalam dunia pelacuran, penagihan dadah dan jenayah.
Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata gelandangan yang merempat di sekitar ibu kota perlu sedar bahawa kanak-kanak di bawah pengawasan JKM bukan 'didera' sebagaimana anggapan mereka.
"Malah (anak-anak itu) akan berdisiplin selain diberi pendidikan yang secukupnya bagi menjadi insan berguna kepada masyarakat dan negara pada masa depan.
"Serahkan kepada JKM. Sekurang-kurangnya kanak-kanak itu dapat keperluan harian - makanan, minuman dan pendidikan," katanya.


