suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Wanita Rentung Dalam Kebakaran Di Kuala Penyu

Gambar Hiasan.
KOTA KINABALU: Dua wanita rentung apabila rumah mereka di Kampung Kebunau, Kuala Penyu, kira-kira 136 kilometer dari sini hangus dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Aliza Jalal, 49, dan Mariani Husaini, 22, ditemui mati berdekatan antara satu sama lain di bahagian pintu utama rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Penyu, Hairin Sapin berkata, mereka dipercayai cuba membuka pintu untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Pihak bomba yang menerima laporan kira-kira 1.26 pagi masih menyiasat punca kebakaran.


rentung, Kuala Penyu

Artikel Lain